Orientasi Tahun 1 sesi 2015

29.12.14 0 Comments

Hari ini berlangsung majlis orientasi untuk anak-anak Tahun Satu SKGS bagi tahun 2015. Sudah pasti ada pelbagai karenah anak-anak yang boleh kita lihat hari ini.

Ada yang teruja. Tidak kurang juga ada yang takut-takut.

Insya-Allah dengan doa, sokongan dan galakan daripada ibu bapa dan guru-guru SKGS yang berterusan pasti dapat menaikkan semangat anak-anak comel ini. Semoga mereka bakal mengecap kejayaan dan kegemilangan dalam bidang akademik dan sahsiah diri, sekaligus mengharumkan nama SKGS.

Kami Persatuan Ibubapa dan Guru SKGS mengucapkan selamat datang kepada murid-murid tahun 1 sesi 2015.

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: