Waktu Operasi Kedai Buku SKGS

4.12.14 0 Comments

Seperti biasa, ibu bapa akan mula sibuk membuat persiapan persekolahan anak-anak sewaktu cuti persekolahan. Malahan, ada yang sudah  pun sudah siap semuanya pada awal cuti persekolahan lagi. Berehat tetap berehat, tetapi persediaan awal itu lebih baik.

Untuk sesi persekolahan tahun 2015, ianya bakal bermula pada tarikh 5 Januari 2015. Kedai buku sekolah SKGS seperti tahun-tahun sebelumnya akan beroperasi lebih awal untuk membolehkan ibubapa memberi kelengkapan buku.

Buat masa ini pihak PIBG mendapat makluman seperti berikut;

WAKTU OPERASI KEDAI BUKU SKGS
8 Dis 2014 - 3 Jan 2015
(sepanjang cuti persekolahan akhir tahun 2014)
Isnin - Khamis
9 AM - 2 PM
Sabtu
9 AM - 1 PM


Kedai Buku akan mula beroperasi bermula hari Isnin, 8 Disember 2014. Kami akan mengemaskini jadual terkini dari semasa ke semasa.

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: