Penangguhan tarikh bermula sesi persekolahan tahun 2015

29.12.14 , 0 Comments

Berikutan kejadian banjir yang menimpa sebahagian besar negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa tarikh permulaan  sesi persekolahan bagi sesi 2015 telah ditunda seperti yang berikut;

NEGERITARIKH PERMULAAN SESI PERSEKOLAHAN
ASALTERKINI
Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor4 Januari 201511 Januari 2015
Lain-lain (termasuk SKGS)5 Januari 201512 Januari 2015

Maklumat di atas diperolehi daripada laman portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia beralamat; http://www.moe.gov.my/v/pemberitahuan-view?page=1&id=4551


Sesi Persekolahan 2015
Keratan pengumuman Kementerian Pendidikan Malaysia


Memetik kata-kata Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Menteri Pendidikan Malaysia (merangkap Timbalan Perdana Menteri Malaysia) dalam pengumuman tersebut;
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).
Sama-samalah kita doakan agar saudara-mara, sahabat handai, atau kenalan kita yang terlibat secara langsung mahupun tidak dengan kejadian banjir ini agar dipermudahkan segala urusan. Simpati kita kepada mangsa-mangsa banjir ini boleh kita terjemahkan melalui sumbangan-sumbangan tenaga, wang ringgit dan barang-barang keperluan yang berkaitan.

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: