Selamat datang 2015

12.1.15 0 Comments

SK Gombak Setia
SK Gombak Setia

Hari ini sesi persekolahan tahun 2015 bermula. Pastinya ada perasaan yang bercampur-baur di kalangan kita ibu bapa dan penjaga. Apatah lagi anak-anak kita yang comel bijak dan juga guru-guru terbaik SK Gombak Setia yang sentiasa bersemangat mahu memandaikan anak bangsa. Pastinya aura kegembiraan tersebar luas di sekolah kita hari ini.

Semoga tahun 2015 lebih membawa kejayaan yang gemilang kepada SK Gombak Setia, dunia akhirat.

Untuk anak-anak tahun 1, selamat datang. Jangan takut-takut. Jangan khuatir. Semuanya baik-baik sahaja.

Untuk anak-anak yang lebih senior, selamat kembali ke sekolah. Teruskan usaha untuk mencapai yang lebih baik. Terutamanya pelajar tahun enam, tahun ini berikanlah kejayaan yang lebih manis untuk kenangan peribadi, dan pencapai terbaik sekolah secara amnya.

SK Gombak Setia boleh!

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: