Hari Terbuka SKGS

16.6.15 0 Comments

Selamat kembali ke sekolah!

Sekarang, masa untuk kita kembali menumpukan fokus kepada akademik. Cuti penggal selama dua minggu, sudah cukup untuk kita berehat dan bermain.

Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, Hari Terbuka untuk ibubapa bertemu dengan guru anak-anak berbincang perihal pencapaian akademik mereka setelah hampir setengah tahun berseklah. Di mana pencapaian anak-anak kita setakat hari ini? Apa subjek pelajaran yang perlu diberi tumpuan dan pembaikan?

Dan jangan lupa, rangsangan dan sokongan harus terus, ya?

Hari terbuka SKGS tahun ini akan diadakan pada hari Jumaat, 19 Jun 2015 bersamaan pada 2 Ramadhan 1436H.

Jadual lokasi dan waktu boleh dirujuk pada lampiran di bawah.

Hari Terbuka SK Gombak Setia
Hari Terbuka SK Gombak Setia


Jumpa di sana!

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: