Semakan Keputusan Peperiksaan Sekolah Rendah

27.5.15 , 0 Comments

Kalau diperhatikan, keputusan peperiksaan zaman sekarang tidak seperti 20-30 tahun yang lepas. Tidak sama dari segi penyampaiannya. Dahulu, setiap pelajar akan disediakan satu buku laporan atau lebih mesra kita sebut Report Card. Dari Tahun 1 sehingga lah Tahun 6, pencapaian setiap ujian akan dicatat.

Tamat sekolah, buku laporan ini akan menjadai kenangan yang sangat manis.

:)

Cuma sekarang, zaman serba canggih ini banyak perkara sudah dipermudahkan dan diringkaskan. Seperti keputusan peperiksaan anak-anak, kita boleh semak terus melalui system atas talian (online).

Jadi, bagi ibubapa sekarang mahu tidak mahu kita perlu akur dengan kemajuan semasa. Untuk menyemak keputusan peperiksaan anak-anak (selain sesi bertemu guru), kita juga boleh menyemak dengan cara yang berikut;

  1. Dapatkan sebuah komputer yang mempunyai akses talian internet. Telefon pintar atau tablet juga boleh digunakan, juga perlu ada akses internet. Untuk panduan ini, anggap sahaja kita menggunakan komputer.
  2. Buka "browser" yang sedia ada seperti Internet Explorer, Chrome ataupun Firefox.
  3. Taipkan URL berikut; http://sapsnkra1.moe.gov.my/
  4. Anda akan dibawa ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (seperti print screen di bawah, bertarikh 27 Mei 2015)
  5. Pada laman ini, klik butang "SEMAKAN IBUBAPA" dan anda akan dibawa ke laman web berikut; http://sapsnkra1.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
  6. Masukkan maklumat yang dikehendaki (No KP atau No Sijil Lahir, Jenis Sekolah dan Tahun Peperiksaan) dan klik butang "Semak Laporan".
  7. Sekiranya berjaya (maklumat yang disediakan betul dan data pelajar wujud di dalam sistem), pada laman seterusnya akan dipaparkan butiran anak. Semak dan pastikan ianya betul.
  8. Untuk melihat keputusan peperiksaan, pilih jenis peperiksaan dan jenis paparan keputusan yang dimahukan.
  9. Sekiranya gagal (tiada paparan seperti langkah 8), terdapat dua kemungkinan iaitu
    1. maklumat yang dimasukkan (rujuk langkah 6) tidak betul/tepat; atau
    2. maklumat peperiksaan untuk tahun tersebut tidak wujud.
  10. Sekiranya terdapat kemudahan pencetak, keputusan peperiksaan tersebut bolehlah dicetak untuk simpanan sendiri.

Selamat mencuba.

Apapun keputusan anak-anak, kita teruskan memberi sokongan.

:)

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: