Konvensyen Kelab Doktor Muda Daerah Gombak 2015

22.4.15 , , 0 Comments

Sekolah Cemerlang (Bandar) Kelab Doktor Muda Daerah Gombak 2015
Sekolah Cemerlang (Bandar) Kelab Doktor Muda Daerah Gombak 2015

Alhamdulillah.

Anak-anak SKGS sekali lagi membanggakan dan mengharumkan nama sekolah kita yang tersayang. Kali ini bersempena dengan Konvensyen Kelab Doktor Muda Daerah Gombak 2015, SKGS telah dinobatkan sebagai SEKOLAH CEMERLANG bagi kategori Bandar.

Tahniah kepada enam orang murid dan empat orang guru SKGS yang bertungkus-lumus untuk meraih kecemerlangan ini.

Sememangnya, anak-anak kita mempunyai bakat yang sangat membanggakan. Kita sebagai ibubapa/penjaga, harus cakna dengan minat dan kecenderungan anak-anak agar mereka lebih terdorong untuk mencapai kejayaan. Dengan didikan dan panduan daripada guru-guru yang komited dengan tugas mereka, pastinya kejayaan akan lebih mudah dirangkul.


Apa itu Kelab Doktor Muda?

Bagi ibubapa yang masih tidak jelas apa itu Kelab Doktor Muda, di bawah ini dilampirkan sedikit maklumat yang diperolehi daripada laman web rasmi Kelab Doktor Muda (yang beralamat di http://www.drmuda.gov.my/).
PENGENALAN
Doktor Muda merupakan murid sekolah tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih sebagai ’Pembimbing Rakan Sebaya’, yang bertindak sebagai pemangkin kepada perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan murid sekolah.

Doktor Muda ini diberi latihan mengenai asas kesihatan bagi menyediakan mereka menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Mereka bertindak sebagai role model, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah.

Oleh kerana itu, pemilihan calon yang sesuai sebagai doktor muda amat penting. Lazimnya, pelajar yang, berminat, sihat, kemas, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggung jawab, berpengaruh, suka menolong dan cemerlang dalam akademik menjadi kriteria dalam pemilihan Doktor Muda.


OBJEKTIF
  1. Untuk membentuk tabiat kesihatan di kalangan murid sekolah rendah dengan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan mereka agar mereka dapat :
    • Mengamalkan cara hidup sihat
    • Menjadi pembimbing dan pendorong kepada rakan sebaya dan anggota keluarga ke arah mengamalkan cara hidup sihat.
    • Membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti kesihatan di sekolah.
  2. Menggalakkan ibu bapa atau penjaga supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan anak-anak.
  3. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan kesihatan pelajar.
  4. Mempertingkatkan kerjasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid sekolah rendah.


Sijil Penghargaan
Sijil Penghargaan
Doktor Muda SKGS
Antara wakil Kelab Doktor Muda SKGS

Kita doakan kejayaan skuad hebat kita agar berjaya ke peringkat seterusnya.

SKGS Boleh!

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: