Gambar-gambar sekitar Hari Karnival
Maaf agak terlambat mengemaskini laman web lantaran batasan masa yang menghalang. Tetapi, bak kata pepatah, biar lambat asal ada.:)
Alhamdulillah. Gerai PIBG pada kali ini berjaya mengutip sebanyak RM838 (kurang lebih) hasil daripada jualan pada hari tersebut. Yang membanggakan sekali, ini adalah kali pertama barang jualan 100% datangnya daripada sumbangan ibubapa. Insya-Allah, dengan sumbangan ikhlas ini hasil yang diperolehi lebih berkat dan cita-cita kita untuk mendirikan dewan terbuka untuk anak-anak kita akan tercapai.
Kepada mereka yang menyumbangkan idea, tenaga, wang ringgit untuk jualan PIBG, sangat-sangat kami hargai. Tidak lupa juga yang berkunjung ke gerai kami kerana belian tuan-puan turut diambil kira sebagai sumbangan.
Ayuh!
Kita realisasikan projek dewan terbuka ini sesegera yang mungkin!
:)
![]() |
Barang-barang sumbangan ibubapa |
![]() |
Gerai PIBG |
![]() |
Kelihatan Puan Zamzurina yang turut membantu di gerai. Terima kasih, puan |
![]() |
Apam comel yang menjadi kesukaan ramai |
![]() |
Deretan barang jualan |
![]() |
Menu utama; Nasi Ayam |
![]() |
Menu gerai PIBG |
Diharap, pada masa akan datang kerjasama daripada ibubapa kekal berterusan.
0 comments: