Senarai Buku 2016

2.12.15 0 Comments

Seperti biasa, sebelum memulakan sesi persekolahan tahun baru, buku adalah antara persediaan wajib untuk anak-anak. Seeloknya, dapatkan buku lebih awal. Ini membolehkan anak-anak untuk melihat-lihat dahulu isi kandungan subjek yang akan dipelajari tahun hadapan. Selain itu, boleh juga menyiapkan sedikit demi sedikit urusan menulis nama, membalut buku dan sebagainya.

Bayangkan ada tiga empat orang anak yang bersekolah pada satu-satu masa, patah tulang belikat nak membalut semuanya kalau di hujung waktu! Itu baru satu sekolah, kalau ada yang bersekolah agama pula, aduhai!

Waktu Urusan

Kedai Buku SKGS akan dibuka bermula tarikh 1 Disember 2015. Waktu operasinya seperti berikut;
Waktu Operasi Kedai Buku SKGS
Waktu Operasi Kedai Buku SKGS



Senarai buku

Di bawah ini ada disertakan senarai buku yang diedarkan oleh Kedai Buku SKGS. Sebelum ke kedai buku, mungkin mahu disemak dahulu buku-buku tahun lepas (terutamanya buku tulis) yang masih boleh digunakan.

Boleh jimat belanja. :)

Tahun 1
Tahun 1
Tahun 3
Tahun 3
Tahun 5
Tahun 5

Tahun 2
Tahun 2
Tahun 4
Tahun 4
Tahun 6
Tahun 6

Sedikit maklumat tambahan;
  1. Masih banyak buku yang belum ada. Stok tambahan buku tulis akan sampai hari ini (2 Disember 2015).
  2. Buku aktiviti untuk tahun 1-3 ada, tetapi petugas menyatakan boleh tunda pembelian kerana ada pesanan daripada guru. Kemungkinan akan ada buku aktiviti lain. Terpulang kepada keputusan ibubapa.
  3. Seluar sukan / baju sukan masih belum ada stok.
  4. Dijangka stok penuh sekitar pertengahan Disember nanti.

Selamat membalut buku!

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: