Majlis Graduasi Pelajar Tahun 6 (2015)

13.11.15 , 0 Comments

Pada hari Khamis, 12 November 2015 bertempat di Restoran Nelayan, anak-anak SKGS dari tahun enam mencatat kenangan hari-hari terakhir mereka bersama rakan-rakan dan juga guru-guru. Pastinya hari ini melakar memori yang indah terpahat dalam sejarah hidup anak-anak ini.

Tahniah!

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar tahun enam. Sama-sama kita doakan agar langkah mereka seterusnya lebih gemilang, di mana sekalipun mereka berada. Keputusan UPSR yang bakal diumumkan minggu hadapan, semoga keputusan yang terbaik mengiringi mereka semua.

Pihak PIBG juga sangat berbesar hati untuk mengucapkan terima kasih yang tidak akan ada perbandingannya, kepada guru-guru dan pihak sekolah yang berpenat lelah mendidik anak-anak kita sehingga mereka berada pada tahap yang baik hari ini. Enam tahun mereka diasuh, dididik dan belajar sebahagian tentang hidup di SKGS, semoga ianya bermenfaat dalam menjadikan anak-anak sebagai manusia yang berjaya dunia akhirat.

Sudah tentu, untuk ibubapa dan penjaga yang sentiasa menyokong dan memberi semangat kepada anak-anak. Teruskan memimpin mereka, terutamanya selepas ini mereka akan melangkah ke alam yang baru dan lebih dewasa. Usia remaja pasti lebih besar cabarannya.

Untuk kenangan kita bersama, kami kongsikan sedikit gambar-gambar kenangan sekitar majlis graduasi yang berlangsung tempoh hari.


Yang diraikan


Pendaftaran
Pendaftaran
Mendengar arahan
Mendengar arahan

Menunggu giliran
Menunggu giliran
Yang diraikan
Yang diraikan

Acara Penyampaian Sijil


Cikgu Azhar, Penyelaras Tahun 6 SKGS
Cikgu Azhar, Penyelaras Tahun 6
Penyampaian
Penyampaian

Penyampaian cenderahati
Penyampaian cenderahati


Persembahan Pelajar 6B


Sekitar Majlis

Perarakan masuk
Yang dirai
Yang dirai
Barisan VIP
Barisan VIP
Majlis Graduasi
Majlis Graduasi
Jemputan
Jemputan
Orang kuat PIBG
Orang kuat PIBG


Terima kasih
Terima kasih


Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini!

:)

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: