Pertukaran Jadual Waktu Sekolah dan Kokurikulum

3.3.15 0 Comments

Pertukaran Jadual Waktu Sekolah dan Kokurikulum
Pertukaran Jadual Waktu Sekolah dan Kokurikulum

Seperti yang telah dimaklumkan dalam mesyuarat agung tempoh hari (dan juga edaran surat kepada ibubapa), pihak sekolah telah menetapkan jadual baru yang melibatkan murid-murid sesi pagi (tahun 4, 5 dan 6). Walaubagaimanapun, perubahan ini hanya melibatkan jadual hari Rabu, manakala hari-hari lain kekal seperti biasa.

HARIWAKTU MASUKWAKTU KELUAR
Rabu7.30 pagi12.50 tengah hari

Rasional pertukaran ini adalah untuk menggalakkan murid-murid hadir dan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang dianjurkan sekolah, sekaligus dapat menambahbaik profil laporan murid kelak. Ianya juga dapat memudahkan urusan kehadiran murid berbanding dengan jadual yang sedia ada.

Berikut adalah jadual yang telahpun diedarkan kepada ibubapa/penjaga;


WAKTUAKTIVITI
1.00PM - 1.30PMRehat dan Solat
1.30PM - 2.30PMKokurikulum (Unit Beruniform)
2.30PM - 3.30PMKokurikulum (Kelab dan Persatuan / Sukan dan Permainan)


Ibubapa/penjaga diharap dapat menyusunatur pengangkutan anak-anak serentak dengan perubahan jadual ini. Mungkin sedikit menyukarkan untuk peringkat permulaan ini, tetapi ia sebenarnya untuk kebaikan anak-anak kita. Kecemerlangan akademik seharusnya seiring dengan kemahiran dan penyertaan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: