Karnival Gegar Gombak Setia (KAGOM) 2015

28.3.15 , 0 Comments

KAGOM '15
KAGOM '15 (Ralat pada waktu acara; 8am - 4pm)

Seperti yang semua sudah sedia maklum, SKGS akan mengadakan Hari Kantin Karnival Gegar Gombak Setia (KAGOM) 2015 seperti berikut;


Tarikh29 Mac 2015 (Ahad)
Waktu8 pagi - 4 petang
TempatSK Gombak Setia


Pihak PIBG dengan diketuai Naib Yang DiPertua (NYDP) Puan Ellyza Esmail, dan dibantu oleh beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG serta beberapa orang ibubapa akan membuka sebuah gerai jualan pada hari tersebut. Apa yang membanggakan ialah jualan dari gerai PIBG ini adalah 100% daripada sumbangan ibubapa. Ini adalah sesuatu yang amat membanggakan dan kali pertama perkara seumpama ini berlaku. Kami, daripada pihak PIBG sangat terharu dan berterimakasih di atas segala sumbangan yang telah diberikan. Diharap sokongan ini berterusan untuk kebaikan dan kemajuan kita bersama.

Untuk makluman semua, kutipan daripada hasil jualan Hari KAGOM'15 ini akan disalurkan ke tabung projek dewan terbuka seperti yang telah dimaklumkan dalam mesyuarat PIBG yang lepas. Oleh itu, kami berharap tuan puan serta masyarakat sekitar dapat menghadirkan diri ke SKGS pada tarikh yang disebutkan dan sekali lagi bersama-sama menyumbang sambil berbelanja.

Kehadiran tuan puan sangat kami alu-alukan.

Dan jangan lupa berkunjung ke gerai PIBG, ya!

Jumpa di sana.

:)

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: