Keputusan UPSR 2014

26.11.14 0 Comments

Hari ini keputusan UPSR 2014 diumumkan.

Pihak PIBG SK Gombak Setia ingin mengucapkan tahniah kepada yang berjaya mencapai keputusan cemerlang. Bagi yang kurang bernasib baik, jangan bersedih. Tingkatkan usaha untuk masa akan datang.

Keputusan UPSR hari ini, jadikanlah ia sebagai pemangkin untuk lebih berjaya pada hari-hari seterusnya. Dorongan guru-guru, sahabat dan yang paling utama ibu bapa, mestilah sentiasa berterusan.

Bagi kami PIBG SK Gombak Setia, kami ucapkan selamat maju jaya kepada anak-anak tahun enam 2014. Semoga kalian semua lebih cemerlang dan matang dalam menghadapi cabaran yang menanti.

Sedikit kata-kata mutiara;
Bersyukur apabila keputusan yang diperolehi menggembirakan.
Bersabar apabila keputusan yang diperolehi tidak menggembirakan.

Kerana:

Mendapat keputusan yang menggembirakan atau tidak menggembirakan itu adalah suatu peristiwa dan ujian.
Manakala bersyukur dan bersabar itulah yang menatijahkan ganjaran baik dari Tuhan.


Kemaskini;

Gambar-gambar di sekitar majlis penyerahan keputusan peperiksaan UPSR di dewan SKGS hari ini.

Menanti dengan penuh debaran

Siap sedia
Masing-masing sudah berdebar-debar

"Cepat cikgu, mana keputusan saya"
Antara pelajar yang mendapat 5A. Tahniah!

Antara pelajar yang mendapat 5A. Tahniah!

Antara pelajar yang mendapat 5A. Tahniah!

Antara pelajar yang mendapat 5A. Tahniah!

Antara pelajar yang mendapat 5A. Tahniah!
Kebanggaan sekolah dan ibubapa. Tahniah!

Pelajar-pelajar yang mendapat 5A

Tahniah sekali lagi!

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: