Kelas Tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris Tahun 5

7.5.14 0 Comments

Bermula pada 8 Mac 2014, kelas tuisyen subjek matematik dan juga bahasa Inggeris telah mula dijalankan di SKGS, khusus untuk pelajar-pelajar tahun 5. Penyertaan telah dibuka kepada semua pelajar tahun 5, tetapi tempat yang ditawarkan adalah terhad. Bilangan murid untuk setiap kelas (empat kelas keseluruhannya) dihadkan kepada bilangan yang kecil, bagi menjamin pengajaran yang lebih fokus dan berkesan.

Yuran sebanyak RM25 sebulan dikenakan kepada setiap pelajar yang menyertai kelas tuisyen ini. Kelas diadakan pada setiap hari Sabtu, bermula dari jam 8 pagi sehingga 10 pagi. Tenaga pengajar yang berkhidmat adalah terdiri daripada kalangan ahli PIBG dan juga guru sekolah SKGS sendiri.

Usaha murni ini dilaksanakan sebagai langkah persediaan pelajar-pelajar tahun 5 untuk menghadapai peperiksaan UPSR pada tahun 2015 kelak. Sekiranya pencapaian program ini memberansangkan dan terus menerima sambutan yang menggalakkan, pihak PIBG akan mencadangkan penerusan program ini pada tahun-tahun akan datang, disamping melakukan penambahbaikan pada bahagian-bahagian yang perlu.

Pelajar tahun 5 diberi latihtubi dalam kelas tuisyen
Pelajar tahun 5 diberi latihtubi dalam kelas tuisyen

Adalah sangat dialu-alukan sekiranya ada di antara ibu bapa (atau alumni SKGS) yang mempunyai kemahiran dalam bidang tertentu (akademik atau non-akademik) untuk turut menyumbang khidmat kepada sekolah. Dengan cara ini, bilangan murid yang boleh mendapat manfaat daripada program dianjurkan adalah lebih besar, dan kita dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat sekitar.


MAKLUMAT KELAS TUISYEN

Tenaga pengajarPuan Ellyza, Puan Afizah Yahya, Teacher Salmah, Teacher Normah
SasaranPelajar Tahun 5
YuranRM25 sebulan
WaktuSetiap Sabtu, 8.00 pagi – 10.00 pagi
TempatSK Gombak Setia

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: