Selamat datang

2.3.14 0 Comments

Selamat datang ke laman web PIBG Sekolah Kebangsaan Gombak Setia, Selangor.

Laman web ini berfungsi sebagai laman sokongan kepada kegiatan dan aktiviti SK Gombak Setia, khususnya yang melibatkan fungsi dan peranan PIBG.

Diharap dengan terbinanya laman web ini maklumat-maklumat yang berkaitan lebih mudah dan menyeluruh untuk disampaikan kepada ibu bapa, guru, murid-murid dan juga masyarakat setempat secara amnya.

Pihak PIBG mengalu-alukan sebarang cadangan atau pandangan membina untuk kita bersama-sama menjadikan PIBG ini lebih mantap dan cemerlang dalam melaksanakan tugas, sekaligus menjadi pembantu dan suri teladan kepada kejayaan sekolah.

Berkhidmat untuk SKGS. Maju dan cemerlang bersama SKGS. Google

0 comments: