Tuisyen Tahun 5 (Sesi 2015)
Kelas Tuisyen Tahun 5 SKGS |
Seperti tahun lepas, sekali lagi PIBG dan pihak sekolah bekerjasama menganjurkan kelas tuisyen untuk murid-murid Tahun 5. Matapelajaran yang diajar masih juga sama iaitu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bermula esok (Sabtu, 4 April 2015), kelas akan bermula seawal jam 8 pagi sehingga jam sepuluh. Kelas akan berlangsung setiap Sabtu, dan sekiranya kelas dibatalkan murid-murid yang terlibat akan dimaklumkan oleh guru kelas. Diharap, ibubapa yang terlibat dapat menyusun jadual hujung minggu bersesuaian dengan jadual ini.
Insya-Allah, sama-sama kita doakan anak-anak kita mendapat kejayaan yang cemerlang dengan usaha ini.
Oh! Jangan lupa bersarapan di rumah dahulu!
:)
0 comments: