Hapuskan Aedes, Lenyapkan Denggi!
Perkembangan terkini statistik demam denggi agak merunsingkan. Apatah lagi, bilangan pesakit yang dijangkiti demam ini di negeri Selangor sudah mencapai angka yang sangat tinggi, dan malang sekali ianya PALING TINGGI berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.Mengikut statistik yang diperolehi daripada laman web iDengue Untuk Komuniti, Selangor mencatatkan sebanyak 10,936 kes HANYA untuk tempoh dari 4 Jan sehingga 15 Feb 2015.
Diperolehi daripada laman web iDengue pada 17 Feb 2015 |
Sekiranya statistik di atas sudah menggusarkan, lihat pula pecahan kes di bawah. Kawasan "Hot Spot" yang bermaksud kawasan yang mempunyai wabak berpanjangan melebihi 30 hari.
Hot Spot Gombak |
Jika diperhatikan, di tangga ke-11 adalah kawasan kejiranan SKGS yang paling hampir, iaitu Kampung Simpang Tiga. Sudah 124 kes dilaporkan semenjak 30 September 2014. Mungkin ada anak-anak murid kita yang menetap di kawasan sekitar dan ini amat merunsingkan PIBG-SKGS.
Tidak adanya "Gombak Setia" di dalam senarai di atas tidak bermaksud tidak ada kes yang berlaku. Seringkali di waktu senja, ada sahaja aktiviti fogging yang berlaku di kejiranan Gombak Setia ini. Malang sekali, ada juga perwira-perwira kita di SKGS turut "tumpas" digigit oleh nyamuk berbahaya ini. Terbaru, seramai lima orang guru kita sudah dijangkiti demam denggi, dan Alhamdulillah sehingga tarikh ini kesemuanya sudah pun beransur sihat.
Memandangkan kes denggi yang semakin bertambah, YDP PIBG Encik Rudy dan juga Guru Besar SKGS Puan Habibah bersetuju untuk mengadakan gotong-royong di SKGS sebagai langkah untuk membasmi nyamuk aedes daripada terus membiak. Tarikh aktiviti ini akan diputuskan dan akan diumumkan dalam Mesyuarat PIBG SKGS Tahunan kelak. Diharap tuan/puan dapat bersama-sama hadir dan bekerjasama untuk menjayakan usaha yang murni ini.
Ingat!
Hapuskan Aedes, Lenyapkan Denggi!
Katakan TIDAK kepada AEDES! |
0 comments: